Walaupun banjir tidak seberapa teruk seperti di tempat-tempat lain, namun kesannya masih di rasakan oleh penduduk-penduduk di sekitar Sri Aman seperti kampung2 dan rumah2 panjang di kawasan tersebut.
Kerosakan jalan-jalan raya dan rumah yang rosak akibat hakisan tanah selepas hujan amatlah menakutkan. Ada pun bantuan yang di salurkan kerajaan tetapi berkemungkinan tidak mencukupi, kalau kita melihat keadaan yang sebenarnya.
Apa yang kita penduduk Sri Aman harapkan dari kerajaan agar membuat pemeriksaan jalan-jalan raya yang terjejas teruk seperti jalan Sri Aman ke Lingga, jalan Sri Aman ke Tanjung Bijat yang rosak teruk akibat banjir.